Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara bertalian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi kandungan tersendiri. Pada masa kini, akhbar tempatan sedang membentangkan banyak artikel berkaitan implikasi negatif media sosial kepada penggunanya.Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani kesan negatif media sosial dalam kalangan anak-anak mereka.Ini bertujuan untuk melahirkan insan yang lebih baik dan yang boleh mempin negara kita pada masa depan.
1. Memberi Didikan Agama
Peranan pertama ibu bapa adalah untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak sejak kecil. Ibu bapa perlulah mengajar anak-anak untuk membezakan antara betul dan salah atau positif dan negatif. Sebagai contoh, ibu bapa perlu menjelaskan anak-anak mereka tentang pengaruh Barat yang disiarkan melalui "Youtube" tetapi bertentangan dengan nilai moral masyarakat Timur. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan pendidikan agama anak-anak mereka kerana mereka tidak akan melibatkan diri dalam gejalan negatif yang dikaitkan dengan media sosial. Akhirnya, pendidikan agama merupakan salah satu peranan ibu bapa untuk menangani kesan negatif media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
2. Mengehadkan Masa Anak-anak Untuk Melayari Media Social
Peranan ibu bapa yang kedua adalah mengehadkan masa anak-anak untuk
melayari media sosial seperti 'Facebook', 'Twitter', 'Instagram' dan sebagainya.
Ibu bapa mempunyai hak untuk menyekat akses internet dan mengawal tempoh
penggunaannya supaya anak-anak akan
lebih menghargai masa dan menjimatkan masa. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh
memantau anak-anak mereka bahawa mereka hanya boleh menggunakan internet
sehingga pukul sepuluh pada waktu malam kerana ia boleh mengganggu proses
pembelajaran anak-anak untuk keesokan harinya. Tempoh untuk kanak-kanak
menggunakan media sosial perlu dihadkan oleh ibu bapa bagi menangani kesan
negatif media sosial.
3. Menasihati dan Membimbing Anak-anak
Peranan ketiga ibu bapa adalah ibu bapa
boleh menasihati dan membimbing anak-anak untuk menggunakan laman sosial secara
berhemah.Hal ini dikatakan kerana ibu bapa mengetahui kesan buruk mengenai
media sosial dengan lebih baik. Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka
tentang penderaan media sosial terhadap anak-anak mereka. Ini akan menjadikan anak-anak
lebih berdisiplin dan menggunakan media sosial dengan berkesan seperti melayari
laman web yang berkaitan dengan pendidikan di sekolah. Berdasarkan peribahasa
Bahasa Melayu iaitu "Bagaimana acuan begitulah kuihnya", kanak-kanak
akan mengikuti dan berkelakuan seperti ibu bapa mereka. Peranan ibu bapa dalam
menangani implikasi negatif media sosial adalah sangat penting.
4. Memantau Penggunaan Media Sosial
Peranan ibu bapa dalam menangani kesan negatif media sosial dalam kalangan anak-anak mereka ialah ibu bapa perlu memantau penggunaan media sosial anak-anaknya. Ibu bapa perlu mengetahui laman web dan media sosial yang digunakan oleh anak-anaknya. Ini adalah untuk mengelakkan anak-anak daripada melayari perkara-perkara yang buruk seperti melayari gambar-gambar yang lucah dan sebagainya. Sebagai contohnya, ibu bapa perlu memeriksa telefon pintar anak-anak mereka supaya mereka tidak terlibat dalam isu negatif. Ini akan membolehkan ibu bapa menghalang anak-anak mereka daripada dipengaruhi oleh perkara-perkara yang negatif. Ibu bapa perlu memantau penggunaan media sosial anak-anak mereka supaya kesan negatif media sosial dapat dikendalikan.
Kesimpulan
Ibu Bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak mereka. Ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani kesan negatif media sosial di kalangan anak-anak mereka.Hal ini dikatakan demikian ibu bapa merupakan guru yang pertama dalam kehidupan bagi seseorang anaknya di dunia ini. Oleh itu, penggunaan media sosial perlu dikendalikan oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak mereka daripada kesan negatif.
Sama sama memantau media sosial terhadap ank ank
ReplyDelete